Manfaat Puasa arafah ( 9 Dzuhijah )
Puasa hari Arafah ialah puasa sunnah pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunnahkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadits yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari �Arafah. Maka Baginda bersabda: �Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.� (HR. Imam Muslim)
Tetapi bagi mereka yang sedang melaksanakan ibadah Haji adalah disunnahkan untuk tidak berpuasa pada hari �Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:
Banyak di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari �Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di �Arafah lantas Baginda meminumnya. (HR. Imam Muslim)
Juga daripada hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari �Arafah bagi mereka yang berada di �Arafah. (HR. Abu Dawud dan an-Nasa�ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)
Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari �Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari �Arafah). Bahkan adalah disunnahkan berpuasa delapan hari, yaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kedelapan bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari �Arafah.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:
Rasulullah SAW bersabda: �Tiada amal yang sholeh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Dzulhijjah).� (HR. al-Bukhari)
Dalam hadits yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari �Asyura dan tiga hari di setiap bulan yaitu hari Senin yang pertama dan dua hari Kamis yang berikutnya. (HR. Imam Ahmad dan an-Nasa�ie)
Adapun berpuasa pada hari Idul Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:
Bahwasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Idul Adha dan Idul Fitri. (HR. Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa�ie, Abu Dawud)
Serta hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: �Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.� (HR. Imam Ahmad, sanadnya hasan)
